Apakah Alat Bantu Dengar dan Bagaimana Ia Berfungsi

Alat bantu dengar ialah peranti elektronik kecil yang dipakai di dalam telinga atau di belakang telinga untuk membantu individu yang mengalami kehilangan pendengaran. Ia mengesan bunyi di persekitaran,memproses bunyi tersebut,dan menghantarnya ke telinga pada tahap yang sesuai untuk pengguna. Secara amnya, alat bantu dengar mempunyai tiga komponen utama iaitu mikrofon, pemproses bunyi dan pembesar suara yang menghantar bunyi ke telinga. Alat bantu dengar sesuai untuk individu mengalami kehilangan pendengaran akibat bunyi bising, penyakit atau faktor-faktor lain. Antara jenis yang biasa digunakan ialah jenis belakang telinga (BTE), reciver in the canal (RIC)dan jenis di dalam telinga (CIC). Alat bantu dengar tidak menyembuhkan kehilangan pendengaran dan tidak mengembalikan pendengaran pada tahap normal. Namun ia boleh membantu ramai individu mendengar dengan lebih jelas, berkomunikasi lebih baik dan meningkatkan kualiti hidup. Kehilangan pendengaran boleh memberi kesan kepada komunikasi, hubungan kekeluargaan, pekerjaan dan keyakinan diri. Dengan penilaian yang tepat dan pemilihan alat bantu dengar yang sesuai, ramai individu dapat kembali menikmati perbualan dan aktiviti harian dengan lebih yakin.

Dr Sharifah Zainon

12/15/20251 min read

a man riding a skateboard down the side of a ramp
a man riding a skateboard down the side of a ramp

My post content

Contact

+601118518499

Email

rihayanhearing@gmail.com

© 2025. All rights reserved.

22-3A Block B, Prima Biz Hub, Jalan Tasik Prima 5/1, Taman Tasik Prima, 47150 Puchong, Selangor

Google Maps :

https://share.google/5thJjd9gmUZWbprRC

Waze :

https://www.waze.com/en/live-map/directions/my/selangor/puchong/rihayan-hearing-and-balance-care?place=ChIJZww_bACzzTEREsCHXD-zBFA

No of Visitors To This Page: