Masalah Pendengaran dan Kesukaran Mendengar Percakapan
‘Saya boleh dengar, cuma saya tak faham apa yang orang cakap’. Itulah luahan mereka yang mempunyai masalah pendengaran. Ramai individu menyedari bahawa mereka masih boleh mendengar bunyi di sekeliling, namun menghadapi kesukaran terutama dalam persekitaran yang bising seperti restoran, mesyuarat, pertemuan keluarga atau ketika membeli-belah. Masalah yang sering berlaku adalah seperti - orang bercakap tapi tak jelas - dengar suara tapi tak faham - susah dengar bila ramai yang bercakap serentak -selalu terpaksa minta orang ulang Mengapa Ini Berlaku? Pendengaran bukan sekadar mendengar bunyi. Otak perlu menerima bunyi yang jelas daripada telinga untuk mengenalpasti perkataan, membezakan suara dan memahami percakapan. Apabila terdapat kerosakan pada sistem pendengaran, sesetengah bunyi pertuturan mungkin tak dapat didengar dengan jelas. Sebagai contoh, konsonan f,s,th dan k sering terjejas terlebih dahulu. Bunyi vowel pula mungkin didengar lebih jelas. Akibatnya percakapan sukar difahami dan terdengar seperti mumbling.
Dr Sharifah Zainon
11/2/20251 min read
My post content
Contact
+601118518499
rihayanhearing@gmail.com
© 2025. All rights reserved.
22-3A Block B, Prima Biz Hub, Jalan Tasik Prima 5/1, Taman Tasik Prima, 47150 Puchong, Selangor
Google Maps :
https://share.google/5thJjd9gmUZWbprRC
Waze :
