Presbycusis: Masalah pendengaran disebabkan peningkatan umur
Presbycusis merupakan masalah pendengaran disebabkan oleh peningkatan umur. Dianggarkan 1/3 daripada populasi dewasa berumur 55 tahun ke atas mengalami masalah ini diseluruh dunia. Presbycusis boleh berlaku disebabkan oleh perubahan semula jadi di dalam sistem pendengaran yang berlaku perlahan-lahan sejajar dengan peningkatan umur. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Di dalam koklea (organ pendengaran) terdapat sel-sel rambut halus yang berfungsi menukarkan gelombang bunyi kepada isyarat saraf. Sel-sel ini penting untuk pendengaran yang jelas, terutama bagi bunyi pertuturan. Apabila seseorang makin berusia, sebahagian dari sel rerambut ini boleh mengalami kerosakan dan tidak sembuh semula. Akibatnya, keupayaan mendnegar bunyi tertentu, terutama frekuensi tinggi, makin berkurangan. Selain proses penuaan semula jadi, beberapa faktor lain boleh mempercepatkan presbycusis seperti : - pendedahan jangka panjang pada bunyi bising - faktor genetik atau keturunan -penyakit seperti diabetes dan darah tinggi - merokok -penggunaan sesetengah ubatan yang boleh menjejaskan pendengaran Bergantung pada tahap pendengaran, individu dengan presbycusis sering mengadu masih boleh mendengar suara tetapi tidak dapat memahami perkataan dengan jelas.
Dr Sharifah Zainon
11/2/20251 min read
My post content
Contact
+601118518499
rihayanhearing@gmail.com
© 2025. All rights reserved.
22-3A Block B, Prima Biz Hub, Jalan Tasik Prima 5/1, Taman Tasik Prima, 47150 Puchong, Selangor
Google Maps :
https://share.google/5thJjd9gmUZWbprRC
Waze :
